Maklumat MMI boleh dilihat di sini. <---- Klik untuk paparan.
0 Comments
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan meminta guru-guru mata pelajaran tingkatan 5 supaya dapat melengkapkan pengisian markah Peperiksaan Percubaan SPM 2013 dalam SAPS selewat-lewatnya sebelum 4 Oktober 2013 (Jumaat) dan meminta Setiausaha Peperiksaan untuk melakukan proses markah peperiksaan selepas semua guru telah lengkap mengisi markah tersebut. 3. Setiausaha Peperiksaan Sekolah yang mengendalikan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah(SAPS) dikehendaki menghantar data tersebut menggunakan aplikasi SAP45 Modified SAPS(Sila rujuk manual) untuk kegunaan Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Johor bagi tujuan headcount peringkat negeri. 4. Bersama ini disertakan url sistem tersebut dan manual pengguna untuk kegunaan Setiausaha Peperiksaan. Sila emelkan data yang telah lengkap ke mohamednoor79@gmail.com selewat-lewatnya sebelum 7 OKtober 2013 (Isnin). 5. Segala kerjasama yang diberikan, kami bagi pihak Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru mengucapkan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohamed Noor bin Ani, Penolong PPD Peperiksaan Dalaman di talian 0197801163. Sekian. url sistem dan manual pengguna : https://googledrive.com/host/0B-6FzO0KBwD4V3RodmFaTXlQLVE Tindakan : Pengetua/Setiausaha Peperiksaan/Guru Mata Pelajaran Tingkatan 5 Berita Ini Telah Ditulis Oleh : Mohamed Noor bin Ani | Penolong PPD Peperiksaan Dalaman PPDJB Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
2. Dengan segala hormatnya, dipanjangkan surat dari PPIM:SU/J/PPIM/08?JLD (601) bertarikh 20 September 2013 bagi menjelaskan maksud. 3. Sehubungan dengan itu, PPIM akan mengadakan Seminar Pembangunan Remaja pada: Tarikh : 12 Oktober 2013 (Sabtu) Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang Pendaftaran : 8.00 pagi Tempat : Kompleks Islam Iskandar, Johor Bahru Penyertaan : Sekolah Menengah : 4 orang pelajar dan seorang guru pengiring Sekolah Rendah : 2 orang guru penasihat Puteri Islam Penyertaan adalah percuma. Makan dan minum ditanggung oleh pihak penganjur. 3. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih. seminar pembgn remaja ppim 2013 - klik utk muat turun Tindakan : Pengetua/Guru Besar/ GPK Kokurikulum Berita Ini Telah Ditulis Oleh : ZAHARAH BINTI MD SOM | Penyelia Kokurikulum PPDJB Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
2. Dengan segala hormatnya, dipanjangkan surat dari Persekutuan Pengakap Malaysia : PPMDJB/01/02(21)/13 bertarikh 17 September 2013 bagi menjelaskan maksud. 3. Sehubungan dengan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia akan mengadakan Jambori Antarabangsa Johor ke 25 Tahun 2013 pada: Tarikh :16 – 21 November 2013 (Sabtu) Pendaftaran : 8.00 pagi Tempat : Hutan Bandar Putra Kulaijaya, Johor Penyertaan : Pemimpin Pengakap Sekolah Ahli Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda/Remaja dan Kelana Yuran Penyertaan : RM80.00 (Pengurusan Jambori dan Kit Penyertaan Jambori) RM 70.00 (Makanan, pengangkutan dan cenderahati kontijen JB) 3. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih. SURAT JAMBORI ANTARABANGSA - klik utk muat turun LANTIKAN JAMBORI ANTARABANGSA PENGAKAP - klik utk muat turun LANTIKAN JAMBORI ANTARABANGSA PENGAKAP - klik utk muat turun Tindakan : Pengetua/Guru Besar/ GPK Kokurikulum Berita Ini Telah Ditulis Oleh : ZAHARAH BINTI MD SOM | Penyelia Kokurikulum PPDJB. Hari Usahawan 2013 akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh: 28 September 2013 (Sabtu) Masa: 8.00pg-12.30tgh Aktiviti: Jualan dari Kelab dan Persatuan. Terdapat juga cabutan bertuah dari kupon. Kupon jualan boleh dibeli daripada guru kelas dan pada hari tersebut. Semua aktiviti pembelian adalah menggunakan kupon pembelian bercop sekolah yang sah. Pertandingan Melukis Poster Keselamatan Peringkat Kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia 20137/9/2013 1 Ogos - 30 September 2013 Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat melukis di kalangan warga Persekutuan Pengakap Malaysia meliputi Pemimpin, Pengakap Kelana, Pengakap Remaja, Pengakap Muda dan Pengakap Kanak-Kanak, di mana poster yang dipilih sebagai pemenang akan dijadikan poster keselamatan rasmi PPM oleh Jawatankuasa Pengurusan Risiko bagi mempromosikan sekaligus memartabatkan aspek pengurusan risiko di kalangan warga Pengakap di Malaysia. Tema Tema pertandingan ini ialah aspek-aspek keselamatan di dalam aktiviti kepengakapan seperti perkhemahan, berenang, ekspedisi, berbasikal, berkayak dan sebagainya. Kategori dan Hadiah Hadiah disediakan bagi Tempat Pertama/Kedua/Ketiga/Saguhati(10 orang) -A- Pemimpin & Pengakap Kelana RM1000/RM750/RM500/RM150 -B- Pengakap Remaja RM800/RM500/RM300/RM100 -C- Pengakap Muda RM800/RM500/RM300/RM100 -D- Pengakap Kanak-Kanak RM600/RM400/RM250/RM100 HURAIAN KATEGORI 1. Pemimpin Pengakap – Individu yang mempunyai tauliah sebagai Pemimpin Pengakap 2. Pengakap Kelana – Ahli Pengakap yang telah berdaftar sebagai Ahli Kelana (lepasan SPM) 3. Pengakap Remaja – Ahli Pengakap di tingkatan menengah atas (tingkatan 4 dan 5) 4. Pengakap Muda – Ahli Pengakap di tingkatan menengah bawah (tingkatan 1, 2 dan 3) 5. Pengakap Kanak-kanak – Ahli Pengakap di sekolah rendah Syarat-Syarat Pertandingan
Sekretariat Pertandingan Melukis Poster Keselamatan Peringkat Kebangsaan PPM 2013 d/a Persekutuan Pengakap Malaysia, Rumah B-P, Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur |
AuthorSMK Sri Rahmat is a secondary school in the state of Johor situated south of the Malaysian Peninsular. Formerly known as SMK Perumahan Tampoi. It is located in the district of Johor Bahru surrounded by living quarters of government servants mainly police officers and custom officials. Archives
June 2016
Categories
All
|