Tahniah diucapkan kepada calon cemerlang SPM 2013.
Semua calon boleh mendapatkan keputusan daripada sekolah selepas jam 10 pagi pada hari ini.
Selain itu terdapat juga alternatif lain untuk mengetahui keputusan PMR antaranya adalah menerusi sistem MySMS dengan menggunakan format mesej penghantaran seperti berikut: Taipkan PMR (No MyKad) (Angka Giliran) dan sms ke 15888 Contoh PMR 961021145879 BC001A040 sms ke 15888 Perkhidmatan MySMS akan diaktifkan jam 10 pagi, 19 Disember ini hingga 11.59 malam, 25 Disember 2013 Maklumat MMI boleh dilihat di sini. <---- Klik untuk paparan.
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan meminta guru-guru mata pelajaran tingkatan 5 supaya dapat melengkapkan pengisian markah Peperiksaan Percubaan SPM 2013 dalam SAPS selewat-lewatnya sebelum 4 Oktober 2013 (Jumaat) dan meminta Setiausaha Peperiksaan untuk melakukan proses markah peperiksaan selepas semua guru telah lengkap mengisi markah tersebut. 3. Setiausaha Peperiksaan Sekolah yang mengendalikan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah(SAPS) dikehendaki menghantar data tersebut menggunakan aplikasi SAP45 Modified SAPS(Sila rujuk manual) untuk kegunaan Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Johor bagi tujuan headcount peringkat negeri. 4. Bersama ini disertakan url sistem tersebut dan manual pengguna untuk kegunaan Setiausaha Peperiksaan. Sila emelkan data yang telah lengkap ke mohamednoor79@gmail.com selewat-lewatnya sebelum 7 OKtober 2013 (Isnin). 5. Segala kerjasama yang diberikan, kami bagi pihak Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru mengucapkan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohamed Noor bin Ani, Penolong PPD Peperiksaan Dalaman di talian 0197801163. Sekian. url sistem dan manual pengguna : https://googledrive.com/host/0B-6FzO0KBwD4V3RodmFaTXlQLVE Tindakan : Pengetua/Setiausaha Peperiksaan/Guru Mata Pelajaran Tingkatan 5 Berita Ini Telah Ditulis Oleh : Mohamed Noor bin Ani | Penolong PPD Peperiksaan Dalaman PPDJB Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan meminta Setiausaha Peperiksaan Sekolah yang mengendalikan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah(SAPS) untuk menghantar data tersebut menggunakan aplikasi SAP45 Modified SAPS(Sila rujuk manual) untuk kegunaan Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Johor bagi tujuan headcount peringkat negeri. 3. Bersama ini disertakan url sistem tersebut dan manual pengguna untuk kegunaan Setiausaha Peperiksaan. Pihak sekolah dikehendaki mengemelkan data yang telah lengkap kemohamednoor79@gmail.com selewat-lewatnya sebelum 24 Julai 2013(Rabu). 4. Segala kerjasama yang diberikan, kami bagi pihak Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru mengucapkan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohamed Noor bin Ani, Penolong PPD Peperiksaan Dalaman di talian 0197801163. Sekian. Installer Aplikasi SAP45 Modified SAPS : https://drive.google.com/folderview?id=0B-6FzO0KBwD4V3RodmFaTXlQLVE&usp=sharing **Sila gunakan google chrome untuk memuat turun aplikasi dan manual. Tindakan : Pengetua/Setiausaha Peperiksaan Berita Ini Telah Ditulis Oleh : Mohamed Noor bin Ani | Penolong PPD Peperiksaan Dalaman Minta perhatian semua guru mata pelajaran tingkatan 1 & 2 untuk update data pbs pelajar segera supaya dapat kemaskini band terkini yang telah dikuasai pelajar.Ini kerana berdasarkan semakan yang dibuat ada guru yang belum pernah login dan daftar pelajar mengikut subjek yang diajar.Mohon tindakan segera sebelum lawatan dari pemantau pbs jabatan. Terima kasih.
Tarikh : 20 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi – 2.00 petang Tempat : Dewan Kuliah L50, UTM, Skudai (PMR DK2; SPM DK3) Sasaran : Calon PMR & SPM 2013 Penyelaras : SPM – En.S.Ravichandran(SMK Taman Universiti) PMR – Cik R.Pushpalata (SMK Sri Rahmat) Pengumuman Penyediaan Video E-Guru Dan Portal E-Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)13/7/2013 ![]() Mulai dari 10 April 2013, portal e-Guru KPM yang merupakan perpustakaan maya bagi koleksi video e-Guru dapat diakses secara atas talian dengan melayari URL:pnp.moe.edu.my/eguru . Video e-Guru adalah video Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) berlandaskan Standard 4 SKPM 2010, suatu standard bagi menilai keberkesanan PdP guru yang dicerap. Setiap video e-Guru menunjukkan dengan jelas pelbagai kemahiran pedagogi guru dalam bilik darjah sebenar yang boleh dijadikan contoh dan panduan bagi menambah baik PdP guru. |
AuthorSMK Sri Rahmat is a secondary school in the state of Johor situated south of the Malaysian Peninsular. Formerly known as SMK Perumahan Tampoi. It is located in the district of Johor Bahru surrounded by living quarters of government servants mainly police officers and custom officials. Archives
June 2016
Categories
All
|