Untuk sesi pagi, daripada 20 pelajar yang didaftarkan mesti terdiri daripada 7 orang pelajar tingkatan 5, 7 orang pelajar tingkatan 4 dan 6 orang pelajar tingkatan 3. Untuk sesi petang, daripada 20 pelajar yang didaftarkan mesti terdiri daripada 10 orang pelajar tingkatan 1 dan 10 orang pelajar tingkatan 2. Penyertaan daripada pelajar peralihan adalah digalakkan.
Peraturan Tambahan :
- Pelajar yang bertanding mestilah:
- Tidak mempunyai rekod disipilin seperti kesalahan tingkah laku, ponteng, mendapat surat amaran dsb.
- Tidak menggunakan kata-kata kasar atau kesat (kad merah)
- Memakai pakaian sukan yang menutup aurat (bagi yang beragama Islam)
- Berkasut sebaik sahaja memasuki kawasan sekolah
- Memakai but atau kasut yang sesuai
- Memakai baju rumah sukan (sekiranya memakai jersi, hanya pada waktu pasukannya bermain sahaja)
- Tidak mempunyai rekod disipilin seperti kesalahan tingkah laku, ponteng, mendapat surat amaran dsb.
- Pihak pengelola berhak mengenakan sebarang tindakan yang wajar sekiranya berlaku perlanggaran syarat-syarat pertandingan
- Masa permainan adalah 10:5:10 (10 minit untuk setiap separuh masa diselangi rehat 5 minit
- Tiada had pertukaran pemain tetapi mesti dari umur yang sama
- Sekiranya terdapat pelajar di dalam senarai 20 pemain mengalami kecederaan, bolehlah digantikan dengan pelajar lain dari rumah yang sama tetapi mesti sama dengan umur pelajar yang digantikan.
- Keputusan pengadil & pengelola adalah muktamad
Tarikh : Mac & April 2013 (rujuk jadual pertandingan)
Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi (sesi petang)
3.30 petang – 5.30 petang (sesi pagi)
Tempat : Padang SMK Sri Rahmat.
Jadual Pertandingan:
Ketua Guru Penasihat rumah sukan boleh muat turun borang penyertaan di sini. (.docx)