2. Adalah dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan menganjurkan satu Perkhemahan Pasukan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Johor 2013 yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :
Tarikh : 22 - 25 April 2013
Tempat : PUSAT KOKURIKULUM JOHOR, KOTA TINGGI, JOHOR
Masa pendaftaran : 2.00 – 4.00 petang (22 April 2013)
Tempat Berkumpul : PPD Johor Bahru ( Bangunan lama )
Masa berkumpul : 10.00 pagi – Taklimat dan pembahagian kumpulan, Persembahan kebudayaan, pertandingan kawad, pertandingan orentaring (10 pelajar), ikatan dan gajet (10 pelajar) dan pengucapan umum (2 pelajar)
3. Sehubungan itu, pihak sekolah dipohon untuk menyediakan pelajar seperti di lampiran 1 untuk hadir ke perkhemahan tersebut. Mohon kerjasama dan jasa baik tuan juga untuk menguruskan pelajar pergi dan balik ke tempat berkumpul. Sila baca dan teliti secara terperinci maklumat yang berkaitan dengan program tersebut dalam surat / edaran yang dilampirkan bersama. Pelajar juga diminta melengkapkan dan membawa bersama borang kebenaran ibu bapa, borang pengesahan kesihatan dan satu salinan kad pengenalan dan serahkan kepada guru pengiring yang dilantik.
4. Sila hantarkan nama pelajar sebelum 18 April 2013 secara hardcopy / emailkan ke alamat zaharahmdsom@gmail.com. Sebarang kesulitan sila hubungi Cik Zaharah binti Md Som, Penyelia Kokurikulum PPD Johor Bahru di talian 016-795555.
Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
perkhemahan krs negeri 2013 (46) - klik utk muat turun
Tindakan : Pengetua/ Guru Besar/ GPK Kokurikulum
Berita Ini Telah Ditulis Oleh : ZAHARAH BINTI MD SOM | Penyelia Kokurikulum