SMK Sri Rahmat, Johor Bahru
Emel: smksrirahmatjb@gmail.com
Tel: 07-2374153
Faks: 07-2358015
  • Laman Utama
  • Sekolahku
    • Pengetua
    • Senarai Guru
    • Pengurusan >
      • Tugas-Tugas Khas
      • Jadual Guru Bertugas
    • Dasar & Matlamat
    • Sejarah
    • Logo & Lagu
    • Takwim
    • PSS
    • Pelajar Cemerlang >
      • PMR & SPM
      • Kokurikulum
    • Pelajar Terbaik Tingkatan 2011
  • Kurikulum
    • Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
    • Melindungi Masa Instruksional (MMI)
    • Jadual Pengajaran dan Pembelajaran
  • HEM
    • Guru Tingkatan
    • Senarai Pelajar >
      • Pendidikan Khas
      • Pelajar Peralihan
      • Pelajar Tingkatan 1
      • Pelajar Tingkatan 2
      • Pelajar Tingkatan 3
      • Pelajar Tingkatan 4
      • Pelajar Tingkatan 5
    • SMM
  • Kokurikulum
    • Unit Beruniform >
      • Kraf Perkhemahan
      • Kadet Pertahanan Awam (KPA)
      • Puteri Islam
      • Pandu Puteri
    • Kelab / Persatuan >
      • Hari Usahawan 2013
    • Sukan & Permainan >
      • Pra-Kejohanan Sukan
      • Larian Rahmat 2013
      • Liga 1M1S
      • Rumah Sukan
    • Pendidikan Khas
    • Lain-Lain
  • Makluman
  • Muat turun

Pertandingan Melukis Poster Keselamatan Peringkat Kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia 2013

7/9/2013

3 Comments

 
1 Ogos - 30 September 2013

Pengenalan

Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat melukis di kalangan warga Persekutuan Pengakap Malaysia meliputi Pemimpin, Pengakap Kelana, Pengakap Remaja, Pengakap Muda dan Pengakap Kanak-Kanak, di mana poster yang dipilih sebagai pemenang akan dijadikan poster keselamatan rasmi PPM oleh Jawatankuasa Pengurusan Risiko bagi mempromosikan sekaligus memartabatkan aspek pengurusan risiko di kalangan warga Pengakap di Malaysia.

Tema
Tema pertandingan ini ialah aspek-aspek keselamatan di dalam aktiviti kepengakapan seperti perkhemahan, berenang, ekspedisi, berbasikal, berkayak dan sebagainya.

Kategori dan Hadiah
Hadiah disediakan bagi Tempat Pertama/Kedua/Ketiga/Saguhati(10 orang)

-A-
Pemimpin & Pengakap Kelana
RM1000/RM750/RM500/RM150

-B-
Pengakap Remaja
RM800/RM500/RM300/RM100

-C-
Pengakap Muda
RM800/RM500/RM300/RM100

-D-
Pengakap Kanak-Kanak
RM600/RM400/RM250/RM100

HURAIAN KATEGORI
1. Pemimpin Pengakap – Individu yang mempunyai tauliah sebagai Pemimpin Pengakap
2. Pengakap Kelana – Ahli Pengakap yang telah berdaftar sebagai Ahli Kelana (lepasan SPM)
3. Pengakap Remaja – Ahli Pengakap di tingkatan menengah atas (tingkatan 4 dan 5)
4. Pengakap Muda – Ahli Pengakap di tingkatan menengah bawah (tingkatan 1, 2 dan 3)
5. Pengakap Kanak-kanak – Ahli Pengakap di sekolah rendah

Syarat-Syarat Pertandingan
  1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada warga Pengakap dari seluruh negara yang berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun 2013
  2. Terdapat empat (4) kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori A - Pemimpin/Pengakap Kelana, Kategori B - Pengakap Remaja, Kategori C - Pengakap Muda dan Kategori D - Pengakap Kanak-Kanak
  3. Poster yang dihasilkan hendaklah bertemakan aspek-aspek keselamatan dalam aktiviti kepengakapan seperti perkhemahan, berenang, ekspedisi, berbasikal, berkayak dan sebagainya.
  4. Setiap poster hendaklah turut disertakan dengan ayat tema (caption) yang dapat menyampaikan mesej keselamatan
  5. Setiap penyertaan hendaklah dilukis di atas kertas lukisan bersaiz A3 (297 x 420mm)
  6. Genre lukisan adalah terbuka sama ada menggunakan pensil warna, krayon atau warna air
  7. Semua poster yang dihantar untuk memasuki pertandingan ini adalah hak milik mutlak Jawatankuasa Pengurusan Risiko PPM dan akan digunakan sebagai poster keselamatan untuk mempromosikan elemen pengurusan risiko di kalangan ahli-ahli Pengakap di seluruh negara
  8. Setiap peserta hanya boleh menghantar hanya SATU penyertaan sahaja.
  9. Peserta Unit Kanak-Kanak, Muda dan Remaja yang menyertai pertandingan ini boleh dipertimbangkan oleh Pemimpin masing-masing untuk dianugerahkan Lencana berkaitan seni lukis yang bersesuaian mengikut skim latihan masing-masing.
  10. 10. Semua peserta yang menghantar penyertaan akan diberikan sijil penyertaan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. Peserta yang menang tempat pertama, kedua dan ketiga akan mendapat sijil khas tambahan.
  11. 11. Semua keputusan adalah muktamad. Sebarang bantahan, pertikaian dan surat-menyurat tidak akan dilayan
  12. 12. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan ini, boleh menghubungi Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia di talian 03 – 2078 0836.
  13. 13. Semua hasil karya hendaklah dihantar sebelum 30 September 2013 kepada:

Sekretariat Pertandingan Melukis Poster Keselamatan
Peringkat Kebangsaan PPM 2013
d/a Persekutuan Pengakap Malaysia,
Rumah B-P, Jalan Hang Jebat,
50150 Kuala Lumpur
3 Comments
johhari bin salim
11/9/2013 07:20:43 am

mohon send peraturan dan syarat lukisan poster e.g. size,warna berapa jenis yang dibenarkan dan jenis warna(water colour,,lilin@pencil)tema khusus serta nama peserta dittulis diruang belakang@depan dan lain-lain peraturan ambahan..pos kepada siapa,perakuan oleh pihak sekolah adakah diperlukan.Harap ada penjelasan.

Reply
Web Admin
13/9/2013 05:38:10 am

Terima kasih di atas pertanyaan tuan, Maklumat berkenaan saiz kertas, jenis warna dan alamat pos ada dinyatakan dalam makluman syarat pertandingan di atas.

Untuk sebarang pertanyaan lain berkenaan pertandingan ini, boleh menghubungi Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia di talian 03 – 2078 0836

Terima kasih

Reply
mr.abdullah
15/9/2013 05:28:05 pm

salam,kalau guna magic pen dikira melanggar peraturan ke?harap2 tidak..amin..tq!

Reply



Leave a Reply.

    Author

    SMK Sri Rahmat is a secondary school in the state of Johor situated south of the Malaysian Peninsular. Formerly known as SMK Perumahan Tampoi. It is located in the district of Johor Bahru surrounded by living quarters of government servants mainly police officers and custom officials.

    Picture
    Ya, saya mahu makluman terkini SMK Sri Rahmat dihantar terus ke emel saya

    Archives

    June 2016
    February 2016
    January 2016
    July 2015
    April 2015
    January 2015
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    June 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012

    Categories

    All
    Apdm
    Aplikasi Android
    Bahasa Cina
    Bahasa Inggeris
    Bahasa Melayu
    Bahasa Tamil
    Frog Vle
    Gaji
    Guru Tingkatan
    Hari Keluarga
    HEM
    HRMIS
    Kadet Remaja Sekolah (KRS)
    Kaunselor
    Kemahiran Hidup
    Kerja Kursus Pmr
    Ketua Panitia
    Kokurikulum
    Koperasi
    Kurikulum
    Lain Lain
    Lain-lain
    Ldp
    Lhdn
    Liga 1m1s
    Matematik
    Matematik Tambahan
    Mesyuarat
    Nilam
    Pandu Puteri
    Pbs
    Pendaftaran Tingkatan 1
    Pend. Islam
    Pend. Khas
    Pengakap
    PIBG
    Pmr
    Ppdjb
    Puteri Islam
    Sains
    Sbppp
    SMM
    Spm
    Sukan

    Mesyuarat / Notis

    RSS Feed

Mahu makluman terkini SMK Sri Rahmat di emel terus kepada anda?

Ya, saya mahu makluman terkini SMK Sri Rahmat dihantar terus kepada emel saya

Hubungi kami:

SMK Sri Rahmat
JKR 4868, Jalan Skudai,
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim


Emel: smksrirahmatjb@gmail.com
Tel: 07-2374153
Faks: 07-2358015

Follow @SMKSriRahmat

Pautan ke laman web lain

Kementerian Pendidikan Malaysia

Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru

Pangkalan Data Murid (APDM)

HRMIS
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online (SAPS)

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

e-Penyata Gaji

Frog VLE