Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru
Sekolah-sekolah berkenaan
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan berkaitan.
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan mengarahkan seorang guru Bahasa Inggeris (berpengalaman dalam “Choral Speaking” atau guru penasihat) sekolah tuan untuk hadir ke taklimat tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 14 Mac 2013
Pendaftaran : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Taman Sutera
Mohon kerjasama guru yang hadir ke taklimat tersebut diminta membawa kertas konsep Pertandingan “Choral Speaking” Bahasa Inggeris yang boleh dimuat turun daripada laman web beralamat http://ppdjb.edu.my/jbdat/konsep/index.php. Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Segala pertanyaan berkenaan pertandingan tersebut boleh ditujukan kepada En. Mohd Nor Ismail bin Mohd Said di talian 07-2266458 atau 013-7404008.
Sekian, terima kasih.
Surat PPD - klik utk muat turun
Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong PPD Kokurikulum