SEJARAH SMK SRI RAHMAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Rahmat Johor Bahru mula ditubuhkan pada awal tahun 1983.Pada peringkat permulaan Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Perumahan Tampoi yang merupakan sebuah sekolah cawangan Sek Men Keb Dato’ Abdul Rahman Yassin atau dikenali sebagai SDARY.
Pada peringkat permulaan ,sekolah ini mempunyai 3 buah bangunan 3 tingkat iaitu block A,B,C dan sebuah bengkel Seni Perusahaan ,yang menempatkan kelas peralihan,tingkatan 1, dan tingkatan 2, Tn Haji Masrukin bin Haji Dasuki merupakan pengetua pertama yang mencurah bakti dari tahun 1983-1985.
Dibawah pentadbiran beliau terdapat 1000 orang pelajar dan 33 orang guru yang dipindahkan dari SDARY ,bagi membentuk kelas peralihan ,8 buah kelas tingkatan 1, dan 7 buah kelas tingkatan 2. Pada tahun 1984, kumpulan pertama tingkatan 3, menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) tetapi diserap semula ke SDARY kerana sekolah ini masih belum mempunyai kelas menengah atas.

----------------------------------------------------------

Bermula pada tahun 1985-1991, sekolah ini telah ditadbir oleh Encik Miad bin Haji Anuar. Pada tahun 1989, surau sekolah telah dibina dan kerja pembinaan block A dan B juga mula dimulakan. Pada tahun 1991, bangunan baru yang telah siap telah digunakan bagi menempatkan 11 buah kelas, 3 buah makmal sains tulen dan 2 buah bilik makmal sains rumah tangga. Block G yang dibina pada tahun 1990 telah digunakan pada tahun yang sama. Satu perubahan besar yang berlaku pada tahun 1991 ialah wujudnya kelas tingkatan 4. Terdapat 6 buah kelas untuk tingkatan ini iaitu 1 kelas aliran sains, 2 buah kelas perdagangan dan 3 kelas aliran sastera. Akibat pertambahan kelas ,maka kerja membina block F yang mempunyai 12 buah kelas dan 3 buah makmal sains KBSM dijalankan pada tahun 1991.
Encik Kamsani bin Selamat merupakan pengetua ketiga SMPT bermula pada tahun 1991-1992. pada tahun 1992,kumpulan pertama tingkatan 5 selamat menduduki peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM) ,dan SMPT dinaikkan tarafnya menjadi sebuah sekolah peringkat gred A. Kini SMPT lengkap dengan bilik pengetua, bilik guru kanan, bilik guru, koperasi, perpustakaan bilik SPBT, taman bacaan disamping kelas-kelas, makmal dan bengkel.

-----------------------------------------------

Pentadbiran SMPT diteraju pula oleh Encik Syukur bin Abdullah yang merupakan pengetua keempat. Beliau telah memulakan tugas semenjak 1992 hingga 1996. Pada masa pentadbiran beliau SMK Perumahan Tampoi telah diubah menjadi SMK Sri Rahmat pada tahun 1996.
Pada 2 Februari 1997, SMK Sri Rahmat, menerima kedatangan seorang pengetua muda yang dedikasi dengan amalan disiplin yang ketat dan dikenang sehingga kini. Beliau ialah En Mohd Sharipudin bin Mahmod. Sepanjang perkhidmatan beliau telah menghasilkan pelajar yang taat dan patuh kepada disiplin sehingga fesyen rambut ala tentera yang diperkenalkan kepada pelajar menjadi ikutan ramai.
Pada 1 Januari 1999, seorang pengetua cemerlang ditugaskan di SMKSR iaitu Tuan Haji Abdullah Idrus yang menjadi pengetua yang keenam. Walaupun perkhidmatannya singkat, masih segar dalam kenangan. Beliau telah mengilhamkan dan mengusahakan pembinaan dewan terbuka yang menjadi mercu tanda sekolah yang terbaru.
Pada 1 Januari 2000 pula, SMK Sri Rahnat menerima kedatangan pengetua wanita pertama yang di sekolah ini. Beliau adalah Puan Hajah Kamariah Bt Ali. Beliau telah mengusahakan surau baru iaitu surau Raudhatul Rahmah. Beliau juga telah mengilhamkan lanskap baru, susun atur sekolah dengan pembinaan laluan pejalan kaki dari pintu masuk ke blok pentadbiran dan pembelajaran. Mewujudkan kelas pendidikan khas.

---------------------------------------------------

Bermula 1 Julai 2007 hingga Februari 2008 SMKSR menerima seorang pengetua baru yang baru dikenali ramai iaitu Puan Sallina bt Hussain yang sebelum ini berkhidmat di Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Dengan kehadiran beliau diharap dapat meningkatkan mutu Bahasa Inggeris khususnya dan prestasi pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran amnya.
Pada bulan Februari 2008 sehingga November 2008, SMK Sri Rahmat ditadbir oleh Puan Chen Ing Ju. Manakala bermula 2009 sehingga kini, SMK Sri Rahmat mula ditadbir pula oleh Hajah Zaini binti Embong.
Pada awal tahun 2010, dua bangunan baru telah siap dan mendapat kelulusan untuk diduduki. Pada awal bulan Jun 2010, pejabat pentadbiran telah berpindah ke blok baru ( Blok H) dan digunakan sebingga kini. Sehingga kini kesemua blok bangunan A, B, C, D, E, F, G dan H digunakan sepenuhnya sebagai kelas-kelas, makmal- makmal dan pusat pentadbiran. Hasil pentadbiran Pn Hajah Zaini bt Embong, pelbagai kemudahan dan perubahan telah dilakukan bagi memastikan kejayaan demi kejayaan dapat dicapai oleh warga SMK Sri Rahmat.