SMK Sri Rahmat, Johor Bahru
Emel: smksrirahmatjb@gmail.com
Tel: 07-2374153
Faks: 07-2358015
  • Laman Utama
  • Sekolahku
    • Pengetua
    • Senarai Guru
    • Pengurusan >
      • Tugas-Tugas Khas
      • Jadual Guru Bertugas
    • Dasar & Matlamat
    • Sejarah
    • Logo & Lagu
    • Takwim
    • PSS
    • Pelajar Cemerlang >
      • PMR & SPM
      • Kokurikulum
    • Pelajar Terbaik Tingkatan 2011
  • Kurikulum
    • Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
    • Melindungi Masa Instruksional (MMI)
    • Jadual Pengajaran dan Pembelajaran
  • HEM
    • Guru Tingkatan
    • Senarai Pelajar >
      • Pendidikan Khas
      • Pelajar Peralihan
      • Pelajar Tingkatan 1
      • Pelajar Tingkatan 2
      • Pelajar Tingkatan 3
      • Pelajar Tingkatan 4
      • Pelajar Tingkatan 5
    • SMM
  • Kokurikulum
    • Unit Beruniform >
      • Kraf Perkhemahan
      • Kadet Pertahanan Awam (KPA)
      • Puteri Islam
      • Pandu Puteri
    • Kelab / Persatuan >
      • Hari Usahawan 2013
    • Sukan & Permainan >
      • Pra-Kejohanan Sukan
      • Larian Rahmat 2013
      • Liga 1M1S
      • Rumah Sukan
    • Pendidikan Khas
    • Lain-Lain
  • Makluman
  • Muat turun
Picture
latar Belakang
TUJUAN
SEJARAH
IKATAN
Kursus Pemimpin Baru membolehkan Pemimpin:

Menghayati dan mengamalkan Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang, Persetiaan, Undang-Undang Pandu Puteri, Cogan Kata, Isyarat, Hormat, Berjabat Tangan, Lambang, Panji-Panji dan Khidmat.

Mengetahui sejarah Pandu Puteri di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Mengenal pasti cara mematikan hujung tali serta membuat dan menggunakan simpulan dan ikatan seperti yang berikut:
  • lilit manuk
  • simpul bungkusan
  • buku sila
  • lilit balak
  • bunga geti
  • tambat seraya
  • tambat serong
  • tambat kacang
  • lilit dua simpul
  • tambat pemukat
  • tambat silang gunting

Mengetahui cara menaikkan dan menurunkan panji-panji, menggunakan isyarat wisel serta isyarat tangan.

Mengendalikan istiadat Pandu Puteri termasuk Istiadat Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer.

Memahami makna dan boleh menggunakan tanda-tanda mengesan

Menghayati dan boleh menyanyikan Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri serta lagu-lagu Pandu Puteri seperti Lagu Dunia, Taps dan Lagu Rantau Asia Pasifik

Menyalakan api dengan dua batang mancis untuk menjerang air atau memasak.

Berjalan kaki sejauh tujuh (7) kilo meter sambil mengkaji 12 jenis benda hidup (enam haiwan dan enam tumbuh-tumbuhan) dan menyediakan Buku Skrap yang berkaitan.

Menghayati konsep kekeluargaan dan perkembangan emosi, intelek, sosial dan fizikal remaja.

Berkhemah sekurang-kurangnya satu hujung minggu.

Pandu Puteri Remaja 

Picture
Pandu Puteri Remaja merupakan sebuah pasukan yang dianggotai oleh remaja perempuan yang berumur diantara 13 hingga 15 tahun. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, barulah mereka dilantik sebagai Pandu Puteri Remaja. Pandu Puteri Remaja memakai pakaian seragam berwarna biru dan hijau. Bagi yang telah berjaya memperoleh lencana kecekapan, mereka akan memakainya pada selepang.

Pandu Puteri mempunyai cogan katanya sendiri iaitu “SELALU SEDIA”. Ini menunjukkan bahawa Pandu Puteri sentiasa berada dalam keadaan sedia menghadapi sebarang cabaran atau ujian. Cogan kata ini sentiasa dipegang oleh seorang Pandu Puteri Remaja supaya sedar akan tanggungjawab kepada negara khususnya.



Hormat Pandu Puteri Remaja

Tiga jari tangan ditegakkan, ibu jari diletakkan di atas jari kelingking yang dibengkokkan. Tangan diangkat sehingga sama tinggi dengan dahi.

Pakaian Pandu Puteri Remaja

  1. Baju berlogo warna hijau lembut
  2. Skaft kuning
  3. Woggle
  4. Flashes bahu
  5. Lambang Negeri
  6. Lencana Dunia
  7. Lencana Pelantikan Pandu Puteri Remaja
  8. Seluar panjang biru tua
PERKHEMAHAN

Perkhemahan Pandu Puteri dikendalikan oleh Pemimpin Berwaran yang mempunyai kelayakan perkhemahan. Pemimpin Berwaran yang sedang berusaha memperoleh kelayakan perkhemahan boleh membawa ahli-ahlinya berkhemah dengan bantuan Jurulatih atau pemegang Lesen Perkhemahan. Kelayakan Perkhemahan adalah seperti yang berikut:

I. Permit Perkhemahan

Permit Perkhemahan membolehkan Pemimpin berkhemah bersama-sama ahlinya dalam satu kumpulan kecil. Had laku permit ini ialah dua tahun sahaja.

Pemimpin boleh mendapatkan Permit Perkhemahan dengan mengadakan satu perkhemahan ujian selama tiga hari dua malam, yang disertai oleh tidak melebihi daripada 18 orang ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer.

Perkhemahan Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang Jurulatih atau seorang pemegang Lesen Perkhemahan.

II. Lesen Perkhemahan

Lesen Perkhemahan membolehkan Pemimpin mengadakan perkhemahan untuk ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang dipimpinnya, serta membawa mereka menghadiri perkhemahan peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Pemimpin boleh mendapatkan Lesen Perkhemahan dengan mengadakan Perkhemahan Ujian selama tiga hari dua malam, yang dihadiri oleh 36 orang ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer.

Perkhemahan Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang Jurulatih

KURSUS PRA WARAN

Kursus Pra Waran membolehkan Pemimpin mengurus dan mengendalikan Perjumpaan Pasukan Pandu Puteri di setiap peringkat.

Kursus Pra Waran terdiri daripada tiga bahagian:
  1. Perancangan,
  2. Pengurusan Pasukan,
  3. Pertolongan Cemas.

Setelah menghadiri Kursus Pra Waran, Pemimpin berupaya:

Mendampingi satu Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa sekurang-kurangnya satu bulan.

Merancang program perjumpaan mingguan untuk selama tiga bulan.

Mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa sendiri, tidak kurang daripada tiga bulan dan menghantar permohonan untuk penyeliaan oleh Pesuruhjaya Daerah.

Melengkapkan satu kotak Pertolongan Cemas persendirian dan mengetahui penggunaan bahan-bahan yang ada di dalamnya.

Mengetahui cara-cara mengambil suhu badan dan denyutan nadi untuk tindakan dan rawatan selanjutnya.

Memberi pertolongan cemas dan bertindak apabila menghadapi keadaan tertentu seperti:
  • luka
  • terseliuh
  • muntah-muntah
  • terbakar
  • melecur
  • perut masuk angin
  • sengatan serangga
  • sawan
  • tidak sedar diri

Mahu makluman terkini SMK Sri Rahmat di emel terus kepada anda?

Ya, saya mahu makluman terkini SMK Sri Rahmat dihantar terus kepada emel saya

Hubungi kami:

SMK Sri Rahmat
JKR 4868, Jalan Skudai,
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim


Emel: smksrirahmatjb@gmail.com
Tel: 07-2374153
Faks: 07-2358015

Follow @SMKSriRahmat

Pautan ke laman web lain

Kementerian Pendidikan Malaysia

Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru

Pangkalan Data Murid (APDM)

HRMIS
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online (SAPS)

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

e-Penyata Gaji

Frog VLE